;

09 June 2009

Majlis Ramah Mesra


Pada 6 Jun 2009, 6 orang wakil KRT Zon Sentosa telah menghadiri jemputan KRT Parlimen Pasir Gudang dalam Majlis Ramah Mesra bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN ) Malaysia Dato' Azman Amin bin Hassan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Bermula dari jam 3.45 petang pelbagai atucara majlis telah berjalan sehingga jam 6 petang.

Antara aturcara yang menjadi topik penting dalam majlis ini adalah ucapan dari Tuan Hj Saad bin Ismail ( Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang ), ucapan dari En Mansor bin Mohd Hashim (Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional ( JPNIN ) Johor ) dan ucapan dari Dato Azman Amin sendiri di mana tip-tip ucapan lebih menengahkan kepada pengenalan dan beramah mesra.

Di samping itu juga Dato' Azman Amin telah melancarkan Laman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang dengan rasminya di mana blog tersebut terdapat laporan aktiviti-aktiviti seluruh KRT Parlimen Pasir Gudang untuk tatapan umum.Yang lebih menarik majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Zon Sentosa sendiri iaitu En Hassan Ali. Ini merupakan satu penghormatan dari pihak Jabatan Perpaduan.

08 June 2009

Program Cucian Amal 2009





Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.

Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.

Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.

Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!

Panggilan Mesyuarat Bulanan

Salam Perpaduan,

Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 12 Mei 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 malam
  • Tempat : Padang rekreasi sektor C, Nusa Damai.
Semua ajk KRT Zon Sentosa, Nusa Damai diwajibkan hadir. Pakaian koporat Biru-putih.
Sekian Harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT.

05 June 2009

Notis Pemberitahuan

Salam perpaduan...

Adalah dimaklumkan semua ajk KRT Zon Sentosa Nusa Damai dijemput hadir ke majlis perjumpaan seluruh KRT Pasir Gudang bersama Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 6 Mei 2009
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 3 petang
  • Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang
Sila pakai pakaian rasmi KRT (Biru-Putih), sekian harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT Zon Sentosa.