;

12 October 2009

Marhaban Aidil Fitri 1430H

Pasir Gudang 12hb Oktober 2009

Kumpulan Marhaban AJK KRT Sentosa disertai Jiran Muda KRT Zon Sentosa berkunjung rumah ke rumah menjayakan Majlis Marhaban bermula pukul 8:35 malam tadi. Rombongan marhaban kali ini turut diserikan dengan kehadiran Imam Surau Nusa Damai diiringi beberapa AJK Surau Nusa Damai dan penduduk setempat.

Insya-Allah program ini akan diteruskan di tahun-tahun yang akan datang.

Berikut serba sedikit video yang sempat dirakamkan ketika Majlis Marhaban tersebut...


29 September 2009

Sambutan Hari Raya Adilfitri Peringkat Negeri Johor




Untuk makluman kepada semua, Jabatan Perpaduan Integrasi dan Nasional negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Johor seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Dewan Politeknik Johor Bahru

Semua hadirin dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

18 September 2009

1 Syawal 1430 bersamaan 20 09 2009


Salam Aidil Fitri
untuk semua muslimin & muslimat

05 September 2009

Majlis Berbuka Puasa

Majlis berbuka puasa ajk KRT Zon Sentosa Nusa Damai bersama ajk Surau Nusa Damai akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 September 2009
Hari : Sabtu
Masa : 6.30 petang
Tempat : Surau Nusa Damai.

Semua ajk KRT Zon Sentosa dan ajk surau dijemput hadir memeriahkan program tersebut.

31 August 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Align CentreKami semua AJK KRT Zon Sentosa mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52 tahun, 1 Malaysia.... Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'

15 August 2009

Program Gotong-royong


06 August 2009

Mesyuarat Bulanan



Adalah dimaklumkan Mesyuarat Bulanan AJK KRT Zon Sentosa akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 7hb Ogos 2009
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pondok Sector C

Kehadiran semua AJK adalah diharapkan dapat melancarkan lagi Program Bulanan KRT yang telah ataupun akan dirancang.

Sekian, terima kasih.

Penerimaan PC di Bengkel e-RT

Pasir Gudang, 2hb Ogos 2009 KRT Zon Sentosa telah menghantar wakil untuk mengikuti Bengkel e-RUKUN TETANGGA ( e-RT ), Bil. 10/2009 Projek Perintis Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bertempat di Dewan Besar, M Suites Hotel, Johor Bahru.


Alangkah bertuahnya KRT Zon Sentosa termasuk di antara 55 KRT Daerah Johor Bahru yang menerima sebuah PC untuk menjayakan Projek Printis tersebut. Adalah diharapkan, pembangunan dan penggunaan bidang IT di kalangan KRT dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pihak yang terlibat.



18 July 2009

Sambutan Isra' Mikraj


Surau Nusa Damai

Jalan Damai Utama,
Taman Nusa Damai,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim




Assalamualaikum...

Sempena sambutan Isra' Mikraj , Ahad malam, 19 Julai 2009 ( bersamaan 26 Rejab 1430H ),
Surau Taman Nusa Damai akan mengadakan ceramah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad malam Isnin
Masa : Selepas Mahgrib
Tempat : Surau Tmn. Nusa Damai
Penceramah : Ustaz Shahril

Muslimin, muslimat dijemput hadir.
Sila sebarkan maklumat ini kepada saudara kita sesama Islam.

Terima kasih,

Wassalam

(S/U Surau Taman Nusa Damai)

01 July 2009

Mesyuarat Kecil: Pra Program Solat Hajat



Satu mesyuarat kecil sempena persediaan program solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2009. Antara yang hadir menjayakan mesyuarat kali ini ialah En. Hassan Ali selaku Pengerusi KRT, En. Asri selaku Setiausaha KRT, En. Safie, En. Razak dan En. Hamizon serta beberapa orang selaku wakil AJK Surau Nusa Damai.

Program Solat Hajat pada 1hb Ogos 2009 merupakan Program Tahunan kali ke-3. anjuran bersama AJK Surau Nusa Damai, KRT Zon Sentosa dan KRT Zon Sejahtera. Adalah diharapkan program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu-bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan pada tahun ini.

09 June 2009

Majlis Ramah Mesra


Pada 6 Jun 2009, 6 orang wakil KRT Zon Sentosa telah menghadiri jemputan KRT Parlimen Pasir Gudang dalam Majlis Ramah Mesra bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN ) Malaysia Dato' Azman Amin bin Hassan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Bermula dari jam 3.45 petang pelbagai atucara majlis telah berjalan sehingga jam 6 petang.

Antara aturcara yang menjadi topik penting dalam majlis ini adalah ucapan dari Tuan Hj Saad bin Ismail ( Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang ), ucapan dari En Mansor bin Mohd Hashim (Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional ( JPNIN ) Johor ) dan ucapan dari Dato Azman Amin sendiri di mana tip-tip ucapan lebih menengahkan kepada pengenalan dan beramah mesra.

Di samping itu juga Dato' Azman Amin telah melancarkan Laman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang dengan rasminya di mana blog tersebut terdapat laporan aktiviti-aktiviti seluruh KRT Parlimen Pasir Gudang untuk tatapan umum.Yang lebih menarik majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Zon Sentosa sendiri iaitu En Hassan Ali. Ini merupakan satu penghormatan dari pihak Jabatan Perpaduan.

08 June 2009

Program Cucian Amal 2009





Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.

Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.

Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.

Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!

Panggilan Mesyuarat Bulanan

Salam Perpaduan,

Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 12 Mei 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 malam
  • Tempat : Padang rekreasi sektor C, Nusa Damai.
Semua ajk KRT Zon Sentosa, Nusa Damai diwajibkan hadir. Pakaian koporat Biru-putih.
Sekian Harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT.

05 June 2009

Notis Pemberitahuan

Salam perpaduan...

Adalah dimaklumkan semua ajk KRT Zon Sentosa Nusa Damai dijemput hadir ke majlis perjumpaan seluruh KRT Pasir Gudang bersama Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 6 Mei 2009
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 3 petang
  • Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang
Sila pakai pakaian rasmi KRT (Biru-Putih), sekian harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT Zon Sentosa.

25 April 2009

Jemputan ke





PROGRAM CUCIAN AMAL
( cuci kenderaan sambil menderma )
AHAD
10hb MEI 2009
9.00 pagi hingga 4.00 petang

anjuran

KRT Zon Sentosa

bersama

Pemuda Umno
Cawangan Bandar Baru Nusa Damai

bertempat di

Tapak Medan Selera
Nusa Damai
81700 PASIR GUDANG

akan dirasmikan oleh
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Dijemput hadir mencuci kereta sambil menderma !!



28 February 2009

Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

maklumat lanjut