;

22 February 2010

Carta Organisasi KRT Zon Sentosa 2010/11

07 February 2010






Laporan Majlis Ramah Mesra

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk Taman Nusa Damai Zon Sentosa kerana sudi meluangkan masa ke Majlis Ramah Mesra yang telah diadakan pada 30 Januari yang lepas dimana sambutannya adalah diluar jangkaan dari sasaran yang dirancangkan oleh pihak penganjur.
Ini merupakan satu situasi yang sungguh positif di mana misi dan matlamat yang diusahakan oleh pihak KRT Zon Sentosa selama ini diberi perhatian oleh para penduduk setempat. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu terhormat kita yang hadir pada malam tersebut terutama dari pihak JPNIN sendiri seperti Cik Syahilawani bt Noordin, Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Johor dan En Zulfadhly Mohamad bin Kadir, Penyelia KRT Parlimen Pasir Gudang JPNIN Johor dimana tidak putus-putus memberi sokongan dan galakkan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak KRT Sentosa.
Semoga setiap penduduk dapat menyerapi satu perpaduan yang cukup kukuh dalam jiwa masing-masing dari majlis ini bagi memberi satu suasana hidup yang lebih harmoni dalam kawasan zon sentosa ini.

Terima kasih

Dapatkan galeri penuh di facebook kami !

06 February 2010


Facebook KRT Sentosa

Kini kami mempunyai facebook sendiri bagi melebarkan lagi sayap kami bagi menyempurnakan impian negara dalam mengukuhkan perpaduan dan memupuk semangat 1Malaysia.Kami akan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini untuk pengetahuan semua dan kami mengalakkan semua individu dan badan-badan lain berkongsi matlumat dalam facebook kami.Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kita dalam perubahan teknologi terkini.