;

06 June 2010

Anugerah Jiran Muda


KRT Zon Sentosa Nusa Damai telah terpilih menerima anugerah terbaik kategori Jiran Muda peringkat Johor Bahru yang turut dikongsi bersama KRT Tmn Sri Putra, KRT Tmn Desa Pulai, KRT Kg Seri Serdang dan KRT Jln Camar Tmn Perling. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB M Asojan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor.). Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Sutera Mall, Taman Sutera, Johor Bahru pada 5 Jun 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam. Timbalan Pengerusi iaitu En Aszlizam Bin Tobari telah mewakili KRT Zon Sentosa bagi menerima penganugerahan tersebut. Anugerah berbentuk Plug, sijil dan cek bernilai RM 1000.

0 comments: