;

29 June 2013

Majlis Mesra Rakyat

28hb Jun 2013 Pasir Gudang - Tahniah kepada MPPG kerana berjaya menganjurkan Majlis Mesra Rakyat Pasir Gudang dengan membawa En. Kamal Affandi Hashim, Pengalisis Jenayah sebagai penyampai taklimat.


Yang Dipertua MPPG, ahli Majlis MPPG, Pengerusi NGO dan pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar Pasir Gudang turut hadir ke majlis tersebut. Semoga MPPG dapat mengadakan majlis seumpama ini dengan menampilkan ramai lagi personaliti terkenal berkongsi idea dan maklumat untuk masyarakat Pasir Gudang.


13 June 2013

Laman sesawang KRT Zon Sentosa kini dikemaskini mesra FACEBOOK. FB Kami : Krt Sentosa

Pengerusi kami : En. Hasan Ali                            
Tim. Pengerusi :  En. Hardina Kahar

En. Roslan Hj. Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen P. Gudang
En. Kamal Nizam A. Karim, PPP Daerah Johor Bahru

Adalah diharapkan pengunjung Laman ini dapat berinteraksi dan mengenali kami atau personaliti rakan-rakan kami dengan lebih berinteraktif di Laman Facebook.

sila pastikan anda Login Facebook untuk pautan berkaitan.

sekian, terima kasih.

-admin

10 June 2013

Alhamdulillah... Akaun Google KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI dapat dituntut Kembali !

sekurang-kurangnya gambar2 kenangan KRT Sentosa sejak Mei 2008 dapat diimbas kembali.