;

19 December 2008

MAAL HIJRAH



1430H, 1 Muharram, adalah bersamaan 29hb Disember 2008, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100:

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.

29 November 2008

Persediaan 2009


Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2008 sedang berjalan.

Anak-anak jiran meriah menggunakan Padang Rekreasi Sektor C setiap petang. Namun bagi ibubapa inilah masanya meluangkan masa bersama anak-anak & membuat persediaan untuk sesi persekolahan 2009.

Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia :-

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 05.01.2009 30.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 27.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 13.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 22.03.2009 9
Hari Persekolahan 23.03.2009 31.03.2009 7
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 29.05.2009 21
Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 14.06.2009 16

06 October 2008

Banjir lagi

Nusa Damai dilanda Banjir

Pasir Gudang
- Hari ini bermula pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai.




Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengakibatkan
terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai ditenggelami air.

Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk di kawasan Sejahtera sejak 1 Syawal tempohari.



Lebih memburukkan keadaan perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan kawasan tersebut dinaiki air.



Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.


"Kami sentiasa prihatin"

28 September 2008

Syawal



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

06 September 2008

Perginya Seorang Pejuang Kemerdekaan, Jasamu Dikenang



Al-fatihah,

Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.58 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 2 Jalan 16/7C, Petaling Jaya dan telah dikebumikan pada 5/9/2008.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham...

30 August 2008

Bulan penuh berkat, Masyarakat Bersepakat



24 August 2008

Liputan Sekitar Program Ceramah Perdana














Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Negeri Johor

Bertempat di Plaza Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Johor Bahru telah dilancarkan Program Bulan Pencegahan Jenayah peringkat negeri Johor. Program tersebut yang bertemakan " Konsep Bandar Selamat" telah dirasmikan oleh YB Tan Kok Hong wakil rasmi YAB Dato' Hj Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor. Dalam pelancaran program tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertunjukan demontrasi curi ragut dan cara pencegahannya serta demontrasi kejadian rogol serta langkah pencegahannya. Ruang pameran juga turut diadakan untuk para pengunjung mendapatkan maklumat.




21 August 2008

Program ceramah Perdana

13 August 2008

PERANAN KEJIRANAN DALAM PEMBENTUKAN UMMAH




Muqadimah

بسم الله الرحمن الرحي
إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102) ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1) ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70). أمِّا بعد:م


Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.

16 July 2008

Info: Jabatan Perpaduan Negara & Integerasi Nasional

SAMBUTAN BULAN PERPADUAN

JPNINJ DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR AKAN MENGANJURKAN MAJLIS PERHIMPUNAN INTEGERASI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008

PADA : 31/07/2008
HARI : KHAMIS
MASA : 08.00 PAGI ~05.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS MAWAR JOHOR BAHRU


MAJLIS AKAN DIRESMIKAN OLEH Y.A.B DATO` HJ ABDUL GHANI BIN OTHMAN MENTERI BESAR JOHOR.

RUKUN TETANGGA ZON SENTOSA AKAN MENGHANTAR 5 ORANG PERSERTA KE PROGRAM INI BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

13 July 2008

Ragam & Aksi: Sekitar Mesyuarat Bulanan KRT

Mesyuarat Bulanan KRT Sentosa untuk bulan Julai telah diadakan pada 5/7/2008 bertempat di padang rekreasi Di Sektor C. Mesyuarat dimulakan pada pukul 9.30 malam. Kedatangan AJK pada mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Buat pertama kalinya juga dalam mesyuarat ini teknologi IT telah digunakan. Pancaran LCD telah digunakan untuk tujuan memaparkan website KRT Sentosa kepada ahli AJK yang belum mengetahui kewujudannya.

Suasana ketika sebelum mesyuarat dijalankan..

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, agar mendapat keberkatan daripda Allah SWT..... Amin..

"Amin...... dikau segerakanlah permohonan kami agar mendapat bangunan gerakan kami sendiri dari JPN.... supaya kami tidak bermesyuarat berbumbungkan langit......"

"Emmmm...ni lah masa yang ditunggu-tunggu.... makan tetap makan..."

Perbincangan hangat sedang berjalan sambil paparan LCD digunakan.... Canggih tetap canggih walaupun di tengah padang....

"Emmmm.....kalau dah seragam ni....macam kumpulan boria lak pulak...."

sebahagian AJK yang hadir memberikan tumpuan sepenuhya kepada ucapan
pengerusi KRT Sentosa

"sembang-sembang ala kedai kopi...setelah meet tamat..."

30 June 2008

Galeri SRS : Ronda..., ronda sampai pagi..

Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Sentosa merupakan salah satu bahagian yang bertanggungjawab dalam menguruskan kawalan malam di sekitar Zon KRT Sentosa. Terdapat 4 kawasan yang telah dipecahkan iaitu sektor A, sektor B, sektor C dan sektor D. Setiap sektor mempunyai ajk yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di sektor masing-masing.


Pada dasarnya SRS KRT Sentosa mengadakan rondaan pada setiap malam bermula pukul 12.00 malam hingga 4.00 pagi. Dianggarkan seramai 8 - 10 petugas SRS yang ditugaskan menjalankan rondaan pada setiap malam.Petugas SRS bersiapsedia untuk melakukan rondaan...Petugas SRS sedang mendengar arahan daripada ketua..

"nanti semasa meronda ...jika nampak yang mencurigakan... sila ambil tindakan segera..."

"Hentak kaki...dari kiri cepat jalan...."

Berjalan kaki..... memastikan kawasan setempat selamat...

"Aksi Pak-pak rempit SRS Sentosa..... "

" hai.....nagntukye..... bila nak balik ni..."

"untuk hilangkan ngantuk...Tongkat Ali sampai.........."

mata semua dah kuyu.....ingat bantal......

28 June 2008

Akademik Bola Sepak Sentosa

Satu lagi pencapaian telah dicapai oleh KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai apabila berjaya menubuhkan sebuah kelab akademik bola sepaknya sendiri. Kelab akademik bola sepak ini di bawah naungan Biro Sukan dan Kebudayaan KRT Sentosa.

Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini mula ditubuhkan pada 1 Mac 2008 dan telah menjalankan latihannya yang pertama pada 11 Mei 2008. Segala program dan perlaksanaan aktiviti kelab ini telah dikendalikan oleh Saudara Adi. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini sila lawati di:

http://akademikbolasepaksentosa.blogspot.com

Saudara Adi... bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan Kelab Bola Sepak Sentosa


Salah satu bentuk sessi latihan yang dilalui oleh pesrta-peserta akademik...



"jangan main-main..... beri tumpuan ketika latihan dijalankan...."

"awak semua kena lari satu pusingan taman ini...... kerana kalah dalam perlawanan tadi..."