;

06 June 2010

Anugerah Jiran Muda


KRT Zon Sentosa Nusa Damai telah terpilih menerima anugerah terbaik kategori Jiran Muda peringkat Johor Bahru yang turut dikongsi bersama KRT Tmn Sri Putra, KRT Tmn Desa Pulai, KRT Kg Seri Serdang dan KRT Jln Camar Tmn Perling. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB M Asojan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor.). Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Sutera Mall, Taman Sutera, Johor Bahru pada 5 Jun 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam. Timbalan Pengerusi iaitu En Aszlizam Bin Tobari telah mewakili KRT Zon Sentosa bagi menerima penganugerahan tersebut. Anugerah berbentuk Plug, sijil dan cek bernilai RM 1000.

04 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul

Pasir Gudang - 4hb April Walaupun hujan membasahi bumi sejak semalam namun kehangatan dapat dirasakan apabila Surau Taman Nusa Damai dipenuhi dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muliade . Anak-anak yang hadir mendengar ceramah turut berinteraksi secara langsung dengan gaya persembahan yang cukup berkesan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan berkeluarga, Amin..

sekitar suasana penduduk mendengar Ceramah




sempena

Majlis Sambutan Maulidurrasul Perdana, Taman Nusa Damai 2010M / 1431 H

22 February 2010

Carta Organisasi KRT Zon Sentosa 2010/11

07 February 2010






Laporan Majlis Ramah Mesra

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk Taman Nusa Damai Zon Sentosa kerana sudi meluangkan masa ke Majlis Ramah Mesra yang telah diadakan pada 30 Januari yang lepas dimana sambutannya adalah diluar jangkaan dari sasaran yang dirancangkan oleh pihak penganjur.
Ini merupakan satu situasi yang sungguh positif di mana misi dan matlamat yang diusahakan oleh pihak KRT Zon Sentosa selama ini diberi perhatian oleh para penduduk setempat. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu terhormat kita yang hadir pada malam tersebut terutama dari pihak JPNIN sendiri seperti Cik Syahilawani bt Noordin, Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Johor dan En Zulfadhly Mohamad bin Kadir, Penyelia KRT Parlimen Pasir Gudang JPNIN Johor dimana tidak putus-putus memberi sokongan dan galakkan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak KRT Sentosa.
Semoga setiap penduduk dapat menyerapi satu perpaduan yang cukup kukuh dalam jiwa masing-masing dari majlis ini bagi memberi satu suasana hidup yang lebih harmoni dalam kawasan zon sentosa ini.

Terima kasih

Dapatkan galeri penuh di facebook kami !

06 February 2010


Facebook KRT Sentosa

Kini kami mempunyai facebook sendiri bagi melebarkan lagi sayap kami bagi menyempurnakan impian negara dalam mengukuhkan perpaduan dan memupuk semangat 1Malaysia.Kami akan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini untuk pengetahuan semua dan kami mengalakkan semua individu dan badan-badan lain berkongsi matlumat dalam facebook kami.Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kita dalam perubahan teknologi terkini.

27 January 2010

MAJLIS RAMAH MESRA 2010

MAJLIS RAMAH MESRA
bersama penduduk Zon Sentosa Taman Nusa Damai

Tarikh : 30 Januari 2010
Masa : 2030
Tempat : Padang Sektor C ( Sentosa 18 ), Taman Nusa Damai

Hari : Sabtu
Di jemput semua penduduk Zon Sentosa Taman Nusa Damai hadir pada malam tersebut.Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pakaian kanak-kanak tercomel, pasangan paling ideal dan kerusi bertuah.Pelbagai juadah disediakan secara percuma dimana menu utamanya adalah BBQ.


Marilah beramai-ramai meraikan majlis ini

03 January 2010

URL baru Blog Kami

Pasir Gudang - KRT Zon Sentosa telah berusaha memberi penjenamaan baru kepada laman yang dibangunkan oleh KRT ini. Laman KRT Sentosa (krtsentosa.co.cc), Jiran Muda (krtmuda.co.cc), SRS (mysrs.co.cc) telah berjaya didaftarkan.

Adalah diharapkan, penjenamaan ini dapat meningkatkan daya saing laman KRT ini dalam dunia IT.

Anda juga boleh dapatkan URL baru untuk 2 laman Blog anda yang didaftarkan secara peribadi ( Personal ). Daftar URL anda di sini ...

rujukan kami :

Registry Whois
Domain Name : krtsentosa.co.cc
Registrar : CO.CC, INC.
Whois Server : co.cc
Referral URL : http://www.co.cc
Service Type : URL FORWARDING

Updated Date : 31-Dec-2009
Creation Date : 31-Dec-2009
Expiration Date : 31-Dec-2010

Registrant
KRT Zon Sentosa

81700
Pasir Gudang, Johor
MALAYSIA


Email : rtsentosa@gmail.com
Phone : 0137364821
Instant messenger :

Updated Date : 31-Dec-2009
Creation Date : 31-Dec-2009