;
Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

12 June 2015

Majlis Khatam Al-Quran untuk Jiran Muda Sentosa

Jalan Sentosa 16, Taman Nusa Damai - Majlis Khatam Al-Quran diserikan dengan paluan kompang Jiran Muda Zon Sentosa sebagai pembukaan majlis. Selesai bacaan Al-Quran oleh anak-anak yang diraikan,





ucapan dan penyampaikan Sijil & Saguhati disempurnakan oleh En. Hasan Ali, Pengerusi KRT Zon Sentosa. Semoga aktiviti yang seumpama dengannya dapat dilaksanakan di peringkat lebih besar lagi di masa akan datang, Insya-Allah.

04 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul

Pasir Gudang - 4hb April Walaupun hujan membasahi bumi sejak semalam namun kehangatan dapat dirasakan apabila Surau Taman Nusa Damai dipenuhi dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muliade . Anak-anak yang hadir mendengar ceramah turut berinteraksi secara langsung dengan gaya persembahan yang cukup berkesan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan berkeluarga, Amin..

sekitar suasana penduduk mendengar Ceramah




sempena

Majlis Sambutan Maulidurrasul Perdana, Taman Nusa Damai 2010M / 1431 H

09 June 2009

Majlis Ramah Mesra


Pada 6 Jun 2009, 6 orang wakil KRT Zon Sentosa telah menghadiri jemputan KRT Parlimen Pasir Gudang dalam Majlis Ramah Mesra bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN ) Malaysia Dato' Azman Amin bin Hassan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Bermula dari jam 3.45 petang pelbagai atucara majlis telah berjalan sehingga jam 6 petang.

Antara aturcara yang menjadi topik penting dalam majlis ini adalah ucapan dari Tuan Hj Saad bin Ismail ( Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang ), ucapan dari En Mansor bin Mohd Hashim (Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional ( JPNIN ) Johor ) dan ucapan dari Dato Azman Amin sendiri di mana tip-tip ucapan lebih menengahkan kepada pengenalan dan beramah mesra.

Di samping itu juga Dato' Azman Amin telah melancarkan Laman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang dengan rasminya di mana blog tersebut terdapat laporan aktiviti-aktiviti seluruh KRT Parlimen Pasir Gudang untuk tatapan umum.Yang lebih menarik majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Zon Sentosa sendiri iaitu En Hassan Ali. Ini merupakan satu penghormatan dari pihak Jabatan Perpaduan.