;
Showing posts with label krt. Show all posts
Showing posts with label krt. Show all posts
23 April 2015
13 June 2013
Laman sesawang KRT Zon Sentosa kini dikemaskini mesra FACEBOOK. FB Kami : Krt Sentosa
Pengerusi kami : En. Hasan Ali
Tim. Pengerusi : En. Hardina Kahar
En. Roslan Hj. Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen P. Gudang
En. Kamal Nizam A. Karim, PPP Daerah Johor Bahru
Adalah diharapkan pengunjung Laman ini dapat berinteraksi dan mengenali kami atau personaliti rakan-rakan kami dengan lebih berinteraktif di Laman Facebook.
sila pastikan anda Login Facebook untuk pautan berkaitan.
-admin
10 June 2013
Alhamdulillah... Akaun Google KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI dapat dituntut Kembali !
sekurang-kurangnya gambar2 kenangan KRT Sentosa sejak Mei 2008 dapat diimbas kembali.
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 5:56 AM 0 comments
Labels: Blog, Facebook, krt, nusa damai, Sentosa
06 August 2009
Mesyuarat Bulanan
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Bulanan AJK KRT Zon Sentosa akan diadakan seperti butiran berikut:-
Tarikh : 7hb Ogos 2009
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pondok Sector C
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pondok Sector C
Kehadiran semua AJK adalah diharapkan dapat melancarkan lagi Program Bulanan KRT yang telah ataupun akan dirancang.
Sekian, terima kasih.
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 6:37 PM 0 comments
Penerimaan PC di Bengkel e-RT
Pasir Gudang, 2hb Ogos 2009 KRT Zon Sentosa telah menghantar wakil untuk mengikuti Bengkel e-RUKUN TETANGGA ( e-RT ), Bil. 10/2009 Projek Perintis Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bertempat di Dewan Besar, M Suites Hotel, Johor Bahru.

Alangkah bertuahnya KRT Zon Sentosa termasuk di antara 55 KRT Daerah Johor Bahru yang menerima sebuah PC untuk menjayakan Projek Printis tersebut. Adalah diharapkan, pembangunan dan penggunaan bidang IT di kalangan KRT dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pihak yang terlibat.

09 June 2009
Majlis Ramah Mesra
Pada 6 Jun 2009, 6 orang wakil KRT Zon Sentosa telah menghadiri jemputan KRT Parlimen Pasir Gudang dalam Majlis Ramah Mesra bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN ) Malaysia Dato' Azman Amin bin Hassan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Bermula dari jam 3.45 petang pelbagai atucara majlis telah berjalan sehingga jam 6 petang.Antara aturcara yang menjadi topik penting dalam majlis ini adalah ucapan dari Tuan Hj Saad bin Ismail ( Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang ), ucapan dari En Mansor bin Mohd Hashim (Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional ( JPNIN ) Johor ) dan ucapan dari Dato Azman Amin sendiri di mana tip-tip ucapan lebih menengahkan kepada pengenalan dan beramah mesra.
Di samping itu juga Dato' Azman Amin telah melancarkan Laman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang dengan rasminya di mana blog tersebut terdapat laporan aktiviti-aktiviti seluruh KRT Parlimen Pasir Gudang untuk tatapan umum.Yang lebih menarik majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Zon Sentosa sendiri iaitu En Hassan Ali. Ini merupakan satu penghormatan dari pihak Jabatan Perpaduan.
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 10:41 AM 0 comments
08 June 2009
Program Cucian Amal 2009

Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.
Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.
Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.
Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 10:31 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)