;

08 June 2009

Program Cucian Amal 2009





Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.

Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.

Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.

Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!

0 comments: