SAMBUTAN BULAN PERPADUAN
JPNINJ DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR AKAN MENGANJURKAN MAJLIS PERHIMPUNAN INTEGERASI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2008
PADA : 31/07/2008
HARI : KHAMIS
MASA : 08.00 PAGI ~05.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS MAWAR JOHOR BAHRU
MAJLIS AKAN DIRESMIKAN OLEH Y.A.B DATO` HJ ABDUL GHANI BIN OTHMAN MENTERI BESAR JOHOR.
RUKUN TETANGGA ZON SENTOSA AKAN MENGHANTAR 5 ORANG PERSERTA KE PROGRAM INI BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.
16 July 2008
Info: Jabatan Perpaduan Negara & Integerasi Nasional
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 12:20 AM 1 comments
13 July 2008
Ragam & Aksi: Sekitar Mesyuarat Bulanan KRT
Mesyuarat Bulanan KRT Sentosa untuk bulan Julai telah diadakan pada 5/7/2008 bertempat di padang rekreasi Di Sektor C. Mesyuarat dimulakan pada pukul 9.30 malam. Kedatangan AJK pada mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Buat pertama kalinya juga dalam mesyuarat ini teknologi IT telah digunakan. Pancaran LCD telah digunakan untuk tujuan memaparkan website KRT Sentosa kepada ahli AJK yang belum mengetahui kewujudannya.
"Amin...... dikau segerakanlah permohonan kami agar mendapat bangunan gerakan kami sendiri dari JPN.... supaya kami tidak bermesyuarat berbumbungkan langit......"
Perbincangan hangat sedang berjalan sambil paparan LCD digunakan.... Canggih tetap canggih walaupun di tengah padang....Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 10:15 AM 1 comments
30 June 2008
Galeri SRS : Ronda..., ronda sampai pagi..
Petugas SRS bersiapsedia untuk melakukan rondaan...
Petugas SRS sedang mendengar arahan daripada ketua..
"nanti semasa meronda ...jika nampak yang mencurigakan... sila ambil tindakan segera..."Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 9:33 PM 0 comments
28 June 2008
Akademik Bola Sepak Sentosa
Satu lagi pencapaian telah dicapai oleh KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai apabila berjaya menubuhkan sebuah kelab akademik bola sepaknya sendiri. Kelab akademik bola sepak ini di bawah naungan Biro Sukan dan Kebudayaan KRT Sentosa.
Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini mula ditubuhkan pada 1 Mac 2008 dan telah menjalankan latihannya yang pertama pada 11 Mei 2008. Segala program dan perlaksanaan aktiviti kelab ini telah dikendalikan oleh Saudara Adi. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini sila lawati di:
http://akademikbolasepaksentosa.blogspot.com
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 5:12 PM 2 comments
01 June 2008
Program Cucian Amal Kenderaan Berlangsung Dengan Jayanya.... Syabas Semua AJK KRT










"Syabas dan tahniah kepada semua AJK KRT Zon Sentosa kerana berjaya membuat satu program yang menarik dan jarang dibuat oleh mana-mana KRT setakat ini", itulah antara ucapan yang disampaikan oleh wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang itu berjaya mencuci kenderaan hampir 50 buah kenderaan pelbagai jenis. Bagi pihak KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan Kelab Kereta Warisan Perdana kerana turut menyumbang dan memeriahkan suasana pada hari berlangsungnya program tersebut.Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat dari ahli Majlis Tertinggi KRT Zon Sentosa.
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 9:35 PM 0 comments





















