;

29 November 2008

Persediaan 2009


Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2008 sedang berjalan.

Anak-anak jiran meriah menggunakan Padang Rekreasi Sektor C setiap petang. Namun bagi ibubapa inilah masanya meluangkan masa bersama anak-anak & membuat persediaan untuk sesi persekolahan 2009.

Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia :-

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 05.01.2009 30.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 27.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 13.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 22.03.2009 9
Hari Persekolahan 23.03.2009 31.03.2009 7
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 29.05.2009 21
Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 14.06.2009 16

06 October 2008

Banjir lagi

Nusa Damai dilanda Banjir

Pasir Gudang
- Hari ini bermula pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai.




Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengakibatkan
terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai ditenggelami air.

Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk di kawasan Sejahtera sejak 1 Syawal tempohari.



Lebih memburukkan keadaan perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan kawasan tersebut dinaiki air.



Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.


"Kami sentiasa prihatin"

28 September 2008

Syawal



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

06 September 2008

Perginya Seorang Pejuang Kemerdekaan, Jasamu Dikenang



Al-fatihah,

Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.58 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 2 Jalan 16/7C, Petaling Jaya dan telah dikebumikan pada 5/9/2008.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham...

30 August 2008

Bulan penuh berkat, Masyarakat Bersepakat