"nanti semasa meronda ...jika nampak yang mencurigakan... sila ambil tindakan segera..."
30 June 2008
Galeri SRS : Ronda..., ronda sampai pagi..
"nanti semasa meronda ...jika nampak yang mencurigakan... sila ambil tindakan segera..."
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 9:33 PM 0 comments
28 June 2008
Akademik Bola Sepak Sentosa
Satu lagi pencapaian telah dicapai oleh KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai apabila berjaya menubuhkan sebuah kelab akademik bola sepaknya sendiri. Kelab akademik bola sepak ini di bawah naungan Biro Sukan dan Kebudayaan KRT Sentosa.
Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini mula ditubuhkan pada 1 Mac 2008 dan telah menjalankan latihannya yang pertama pada 11 Mei 2008. Segala program dan perlaksanaan aktiviti kelab ini telah dikendalikan oleh Saudara Adi. Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang Kelab Akademik Bola Sepak Sentosa ini sila lawati di:
http://akademikbolasepaksentosa.blogspot.com
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 5:12 PM 2 comments
01 June 2008
Program Cucian Amal Kenderaan Berlangsung Dengan Jayanya.... Syabas Semua AJK KRT
"Syabas dan tahniah kepada semua AJK KRT Zon Sentosa kerana berjaya membuat satu program yang menarik dan jarang dibuat oleh mana-mana KRT setakat ini", itulah antara ucapan yang disampaikan oleh wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang itu berjaya mencuci kenderaan hampir 50 buah kenderaan pelbagai jenis. Bagi pihak KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan Kelab Kereta Warisan Perdana kerana turut menyumbang dan memeriahkan suasana pada hari berlangsungnya program tersebut.Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat dari ahli Majlis Tertinggi KRT Zon Sentosa.
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 9:35 PM 0 comments
Perlawanan Persahabatan Bolasepak..
KRT Zon Sentosa telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak dengan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang pada 10 Mei 2008 (Ahad). perlawanan tersebut telah diadakan di padang awam Felda Cahaya Baru. Dalam perlawanan persahabatan yang dimulakan pada pukul 5.00 petang itu, pasukan Pergerakan pemuda Umno telah berjaya menewaskan pasukan KRT Zon Sentosa dengan jaringan 5 berbalas 1.
Selepas perlawanan tersebut, pasukan pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang telah menyumbangkan jersi lengkap untuk satu pasukan kepada KRT Zon Sentosa. Bagi pihak KRT Zon Sentosa merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih...
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 9:19 PM 0 comments
Gambar-gambar Sekitar Mesyuarat Bulanan KRT
Posted by KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI at 8:32 PM 0 comments