;

12 June 2015

Majlis Khatam Al-Quran untuk Jiran Muda Sentosa

Jalan Sentosa 16, Taman Nusa Damai - Majlis Khatam Al-Quran diserikan dengan paluan kompang Jiran Muda Zon Sentosa sebagai pembukaan majlis. Selesai bacaan Al-Quran oleh anak-anak yang diraikan,





ucapan dan penyampaikan Sijil & Saguhati disempurnakan oleh En. Hasan Ali, Pengerusi KRT Zon Sentosa. Semoga aktiviti yang seumpama dengannya dapat dilaksanakan di peringkat lebih besar lagi di masa akan datang, Insya-Allah.

23 April 2015

Aktiviti sepanjang TAHUN


Gotong Royong di Tabika Perpaduan

Riadah keluarkan peluh

pupuk semangat berpasukan

26 August 2013

Program Hari Raya Perdana

24hb Ogos 2013 8:45malam Krt Zon Sentosa menganjurkan Program Hari Raya Perdana peringkat Zon Sentosa, Taman Nusa Damai. Majlis yang meriah ini diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Hajjah Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir pengerusi Krt berhampiran, Pegawai Perpaduan Daerah & Penggerak Perpaduan Parlimen Pasir Gudang.



16 July 2013

Ramadan 1434H

sempena Bulan Ramadan 1434H, kami warga KRT Zon Sentosa mengucapkan:-
SELAMAT BERPUASA semoga bertemu SYAWAL 1434H yang pastinya penuh dengan kemeriahan. 

see us at Facebook : Krt Sentosa

29 June 2013

Majlis Mesra Rakyat

28hb Jun 2013 Pasir Gudang - Tahniah kepada MPPG kerana berjaya menganjurkan Majlis Mesra Rakyat Pasir Gudang dengan membawa En. Kamal Affandi Hashim, Pengalisis Jenayah sebagai penyampai taklimat.


Yang Dipertua MPPG, ahli Majlis MPPG, Pengerusi NGO dan pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar Pasir Gudang turut hadir ke majlis tersebut. Semoga MPPG dapat mengadakan majlis seumpama ini dengan menampilkan ramai lagi personaliti terkenal berkongsi idea dan maklumat untuk masyarakat Pasir Gudang.


13 June 2013

Laman sesawang KRT Zon Sentosa kini dikemaskini mesra FACEBOOK. FB Kami : Krt Sentosa

Pengerusi kami : En. Hasan Ali                            
Tim. Pengerusi :  En. Hardina Kahar

En. Roslan Hj. Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen P. Gudang
En. Kamal Nizam A. Karim, PPP Daerah Johor Bahru

Adalah diharapkan pengunjung Laman ini dapat berinteraksi dan mengenali kami atau personaliti rakan-rakan kami dengan lebih berinteraktif di Laman Facebook.

sila pastikan anda Login Facebook untuk pautan berkaitan.

sekian, terima kasih.

-admin

10 June 2013

Alhamdulillah... Akaun Google KRT ZON SENTOSA, NUSA DAMAI dapat dituntut Kembali !

sekurang-kurangnya gambar2 kenangan KRT Sentosa sejak Mei 2008 dapat diimbas kembali.


02 February 2013

Maulidur Rasul 1434H peringkat Krt Zon Sentosa




27hb Januari 2013 -  Alhamdullillah, Program Maulidur Rasul 1434H peringkat Krt Zon Sentosa selamat dianjurkan dengan jayanya. Buat pertama kalinya Pengarah JPNIN Negeri Johor hadir sama memeriahkan lagi sambutan tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Timbalan Pengerusi JKP MPPG , En. Roslan Hassan selaku Pengerak Perpaduan Pasir Gudang juga Pemimpin Masyarakat di Taman Nusa Damai.

25 July 2012

Pasir Gudang - Bulan Ramadan tidak menghalang Kakitangan dari Jabatan Perpaduan Negeri Johor menjalankan tugas untuk memastikan Radio SRS dipersiapkan sebelum dilancarkan secara rasmi di peringkat Negeri Johor. Lokasi photo - di PRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai.

15 May 2012


13hb Mei 2012  , 8:30 malam
Majlis Ramah Mesra Pegawai & Kakitangan Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru bersama  Pemimpin KRT Zon Pasir Gudang

10 April 2012

Badminton



antara aktiviti ahli SRS

Badminton Persahabatan
SRS Sentosa & Guru SK
bertempat di Dewan Seri Damai, SK Taman Nusa Damai

04 March 2012

SRS & PDRM

Pasir Gudang (Sabtu 3/3/12)

Hari Keluarga SRS Zon Sentosa & Dialog bersama PDRM (IPD Seri Alam) telah berjaya meraikan hampir 400 orang ahli keluarga SRS Zon Sentosa. Majlis yang diadakan bermula 9.00 malam telah berjalan seperti yang dirancangkan.
Semoga hadirin yang turut sama memeriahkan majlis tersebut mendapat manfaat dari program tersebut.

28 February 2011

Tuan Rumah


YDP MMPG
TURUN PADANG

ke
Zon Nusa Damai

27hb Feb 2011

lihat gambar di Facebook


06 June 2010

Anugerah Jiran Muda


KRT Zon Sentosa Nusa Damai telah terpilih menerima anugerah terbaik kategori Jiran Muda peringkat Johor Bahru yang turut dikongsi bersama KRT Tmn Sri Putra, KRT Tmn Desa Pulai, KRT Kg Seri Serdang dan KRT Jln Camar Tmn Perling. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB M Asojan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Johor.). Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di Sutera Mall, Taman Sutera, Johor Bahru pada 5 Jun 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam. Timbalan Pengerusi iaitu En Aszlizam Bin Tobari telah mewakili KRT Zon Sentosa bagi menerima penganugerahan tersebut. Anugerah berbentuk Plug, sijil dan cek bernilai RM 1000.

04 April 2010

Ceramah Maulidur Rasul

Pasir Gudang - 4hb April Walaupun hujan membasahi bumi sejak semalam namun kehangatan dapat dirasakan apabila Surau Taman Nusa Damai dipenuhi dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muliade . Anak-anak yang hadir mendengar ceramah turut berinteraksi secara langsung dengan gaya persembahan yang cukup berkesan. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan berkeluarga, Amin..

sekitar suasana penduduk mendengar Ceramah




sempena

Majlis Sambutan Maulidurrasul Perdana, Taman Nusa Damai 2010M / 1431 H

22 February 2010

Carta Organisasi KRT Zon Sentosa 2010/11

07 February 2010






Laporan Majlis Ramah Mesra

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk Taman Nusa Damai Zon Sentosa kerana sudi meluangkan masa ke Majlis Ramah Mesra yang telah diadakan pada 30 Januari yang lepas dimana sambutannya adalah diluar jangkaan dari sasaran yang dirancangkan oleh pihak penganjur.
Ini merupakan satu situasi yang sungguh positif di mana misi dan matlamat yang diusahakan oleh pihak KRT Zon Sentosa selama ini diberi perhatian oleh para penduduk setempat. Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu terhormat kita yang hadir pada malam tersebut terutama dari pihak JPNIN sendiri seperti Cik Syahilawani bt Noordin, Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Johor dan En Zulfadhly Mohamad bin Kadir, Penyelia KRT Parlimen Pasir Gudang JPNIN Johor dimana tidak putus-putus memberi sokongan dan galakkan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak KRT Sentosa.
Semoga setiap penduduk dapat menyerapi satu perpaduan yang cukup kukuh dalam jiwa masing-masing dari majlis ini bagi memberi satu suasana hidup yang lebih harmoni dalam kawasan zon sentosa ini.

Terima kasih

Dapatkan galeri penuh di facebook kami !

06 February 2010


Facebook KRT Sentosa

Kini kami mempunyai facebook sendiri bagi melebarkan lagi sayap kami bagi menyempurnakan impian negara dalam mengukuhkan perpaduan dan memupuk semangat 1Malaysia.Kami akan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini untuk pengetahuan semua dan kami mengalakkan semua individu dan badan-badan lain berkongsi matlumat dalam facebook kami.Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kita dalam perubahan teknologi terkini.

27 January 2010

MAJLIS RAMAH MESRA 2010

MAJLIS RAMAH MESRA
bersama penduduk Zon Sentosa Taman Nusa Damai

Tarikh : 30 Januari 2010
Masa : 2030
Tempat : Padang Sektor C ( Sentosa 18 ), Taman Nusa Damai

Hari : Sabtu
Di jemput semua penduduk Zon Sentosa Taman Nusa Damai hadir pada malam tersebut.Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pakaian kanak-kanak tercomel, pasangan paling ideal dan kerusi bertuah.Pelbagai juadah disediakan secara percuma dimana menu utamanya adalah BBQ.


Marilah beramai-ramai meraikan majlis ini

03 January 2010

URL baru Blog Kami

Pasir Gudang - KRT Zon Sentosa telah berusaha memberi penjenamaan baru kepada laman yang dibangunkan oleh KRT ini. Laman KRT Sentosa (krtsentosa.co.cc), Jiran Muda (krtmuda.co.cc), SRS (mysrs.co.cc) telah berjaya didaftarkan.

Adalah diharapkan, penjenamaan ini dapat meningkatkan daya saing laman KRT ini dalam dunia IT.

Anda juga boleh dapatkan URL baru untuk 2 laman Blog anda yang didaftarkan secara peribadi ( Personal ). Daftar URL anda di sini ...

rujukan kami :

Registry Whois
Domain Name : krtsentosa.co.cc
Registrar : CO.CC, INC.
Whois Server : co.cc
Referral URL : http://www.co.cc
Service Type : URL FORWARDING

Updated Date : 31-Dec-2009
Creation Date : 31-Dec-2009
Expiration Date : 31-Dec-2010

Registrant
KRT Zon Sentosa

81700
Pasir Gudang, Johor
MALAYSIA


Email : rtsentosa@gmail.com
Phone : 0137364821
Instant messenger :

Updated Date : 31-Dec-2009
Creation Date : 31-Dec-2009