;

08 June 2009

Program Cucian Amal 2009





Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.

Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.

Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.

Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!

Panggilan Mesyuarat Bulanan

Salam Perpaduan,

Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 12 Mei 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 malam
  • Tempat : Padang rekreasi sektor C, Nusa Damai.
Semua ajk KRT Zon Sentosa, Nusa Damai diwajibkan hadir. Pakaian koporat Biru-putih.
Sekian Harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT.

05 June 2009

Notis Pemberitahuan

Salam perpaduan...

Adalah dimaklumkan semua ajk KRT Zon Sentosa Nusa Damai dijemput hadir ke majlis perjumpaan seluruh KRT Pasir Gudang bersama Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 6 Mei 2009
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 3 petang
  • Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang
Sila pakai pakaian rasmi KRT (Biru-Putih), sekian harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT Zon Sentosa.

25 April 2009

Jemputan ke





PROGRAM CUCIAN AMAL
( cuci kenderaan sambil menderma )
AHAD
10hb MEI 2009
9.00 pagi hingga 4.00 petang

anjuran

KRT Zon Sentosa

bersama

Pemuda Umno
Cawangan Bandar Baru Nusa Damai

bertempat di

Tapak Medan Selera
Nusa Damai
81700 PASIR GUDANG

akan dirasmikan oleh
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Dijemput hadir mencuci kereta sambil menderma !!



28 February 2009

Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

maklumat lanjut