;

18 July 2009

Sambutan Isra' Mikraj


Surau Nusa Damai

Jalan Damai Utama,
Taman Nusa Damai,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim




Assalamualaikum...

Sempena sambutan Isra' Mikraj , Ahad malam, 19 Julai 2009 ( bersamaan 26 Rejab 1430H ),
Surau Taman Nusa Damai akan mengadakan ceramah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad malam Isnin
Masa : Selepas Mahgrib
Tempat : Surau Tmn. Nusa Damai
Penceramah : Ustaz Shahril

Muslimin, muslimat dijemput hadir.
Sila sebarkan maklumat ini kepada saudara kita sesama Islam.

Terima kasih,

Wassalam

(S/U Surau Taman Nusa Damai)

01 July 2009

Mesyuarat Kecil: Pra Program Solat Hajat



Satu mesyuarat kecil sempena persediaan program solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 2009. Antara yang hadir menjayakan mesyuarat kali ini ialah En. Hassan Ali selaku Pengerusi KRT, En. Asri selaku Setiausaha KRT, En. Safie, En. Razak dan En. Hamizon serta beberapa orang selaku wakil AJK Surau Nusa Damai.

Program Solat Hajat pada 1hb Ogos 2009 merupakan Program Tahunan kali ke-3. anjuran bersama AJK Surau Nusa Damai, KRT Zon Sentosa dan KRT Zon Sejahtera. Adalah diharapkan program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu-bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan pada tahun ini.

09 June 2009

Majlis Ramah Mesra


Pada 6 Jun 2009, 6 orang wakil KRT Zon Sentosa telah menghadiri jemputan KRT Parlimen Pasir Gudang dalam Majlis Ramah Mesra bersama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN ) Malaysia Dato' Azman Amin bin Hassan di Hotel Selesa Pasir Gudang. Bermula dari jam 3.45 petang pelbagai atucara majlis telah berjalan sehingga jam 6 petang.

Antara aturcara yang menjadi topik penting dalam majlis ini adalah ucapan dari Tuan Hj Saad bin Ismail ( Pengerusi Penyelaras KRT Parlimen Pasir Gudang ), ucapan dari En Mansor bin Mohd Hashim (Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional ( JPNIN ) Johor ) dan ucapan dari Dato Azman Amin sendiri di mana tip-tip ucapan lebih menengahkan kepada pengenalan dan beramah mesra.

Di samping itu juga Dato' Azman Amin telah melancarkan Laman Blog KRT Parlimen Pasir Gudang dengan rasminya di mana blog tersebut terdapat laporan aktiviti-aktiviti seluruh KRT Parlimen Pasir Gudang untuk tatapan umum.Yang lebih menarik majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Zon Sentosa sendiri iaitu En Hassan Ali. Ini merupakan satu penghormatan dari pihak Jabatan Perpaduan.

08 June 2009

Program Cucian Amal 2009





Pasir Gudang, sekali lagi program cucian amal telah berjalan dengan jayanya untuk tahun 2009 pada 10 Mei 2009 yang lepas. Program ini merupakan program kali ketiga seumpamanya telah berjaya dianjurkan oleh KRT Zon Sentosa. Kerjasama dari semua AJK KRT Zon Sentosa telah menjadikan program tersebut suatu acara yang menarik pada setiap tahun.

Bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang, semua AJK yang terlibat telah berjaya menamatkan cucian hampir 50 buah kenderaan. Program anjuran bersama KRT Zon Sentosa dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Nusa Damai serta disokong oleh kehadiran wakil Jabatan Perpaduan iaitu En Rozaidi Bin Ikhwan benar-benar menjadikan ianya satu program yang bermakna buat penduduk setempat.

Bagi pihak KRT Zon Sentosa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan kereta untuk cucian dan memeriahkan suasana program pada hari tersebut. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah.

Pihak kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada bekas Pengerusi KRT Zon Sentosa En Jefri bin Othman dimana program ini merupakan program yang terakhir yang dilaksanakan oleh beliau sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan tertinggi dalam organisasi KRT Zon Sentosa ini.

Tahniah untuk semua AJK KRT Zon Sentosa!

Panggilan Mesyuarat Bulanan

Salam Perpaduan,

Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat bulanan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 12 Mei 2009
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 malam
  • Tempat : Padang rekreasi sektor C, Nusa Damai.
Semua ajk KRT Zon Sentosa, Nusa Damai diwajibkan hadir. Pakaian koporat Biru-putih.
Sekian Harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT.